PERMATANG PAUH, 20 Ogos (Hrkh) - Petugas jentera kempen Pakatan Rakyat yang sedang memasang papan tanda berwajah Dato' Seri Anwar Ibrahim di persimpangan ke Permatang Pasir diserbu Ketua Wanita Umno salah satu cawangan dekat sini semalam kononya pamasangan papan tanda itu memasuki Kampung Permatang Ara.
Kebetulan pula kejadian itu berlaku selepas krew Harakahdaily baru selesai merakam reaksi petugas Pakatan Rakyat menaikan papan tanda berkenaan yang berukuran 8x8 kaki persegi itu.Sumber mendakwa, Ketua Wanita Umno tersebut menyerbu dan memarahi petugas kerana memasang papan tanda besar yang pastinya memberi kesan pada Umno-Barisan Nasional (BN).Petugas PAS yang enggan menyebut nama berkata, tiba-tiba sahaja Ketua Wanita Umno terbabit yang beliau kenali menerkam ke arahnya dan memarahinya serta merta.Suaranya kuat sehingga mengejutkan orang ramai yang berada dalam kedai makan bersebelahan./wann_
SUB-VIDEO SAIFOL 27 SAAT -SUMPAH LIWAT PD 26/8/08
No comments:
Post a Comment