Showing posts with label PAKATAN RAKYAT. Show all posts
Showing posts with label PAKATAN RAKYAT. Show all posts

Wednesday, September 17, 2008

Tukar portfolio, talian hayat Abdullah/Umno

SEREMBAN, 17 Sept (Hrkh) - Pertukaran portfolio yang diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini disifatkan sebagai satu lagi kaedah Abdullah menyelamatkan dirinya dan Umno

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar ketika dihubungi Harakhdaily hari ini bagi mengulas senario kekalutan Abdullah merombak kabinet serta-merta.

Bernama melaporkan, Abdullah dan Dato' Seri Najib Tun Razak hari ini bertukar portfolio Menteri Pertahanan dan Kewangan sebagai sebahagian daripada proses penyerahan kuasa daripada Perdana Menteri kepada timbalannya itu pada Jun 2010.LANJUT

Wednesday, August 20, 2008

Ketua Wanita Umno Cawangan serang petugas Pakatan Rakyat=malaysiakini

PERMATANG PAUH, 20 Ogos (Hrkh) - Petugas jentera kempen Pakatan Rakyat yang sedang memasang papan tanda berwajah Dato' Seri Anwar Ibrahim di persimpangan ke Permatang Pasir diserbu Ketua Wanita Umno salah satu cawangan dekat sini semalam kononya pamasangan papan tanda itu memasuki Kampung Permatang Ara.

Kebetulan pula kejadian itu berlaku selepas krew Harakahdaily baru selesai merakam reaksi petugas Pakatan Rakyat menaikan papan tanda berkenaan yang berukuran 8x8 kaki persegi itu.Sumber mendakwa, Ketua Wanita Umno tersebut menyerbu dan memarahi petugas kerana memasang papan tanda besar yang pastinya memberi kesan pada Umno-Barisan Nasional (BN).

Petugas PAS yang enggan menyebut nama berkata, tiba-tiba sahaja Ketua Wanita Umno terbabit yang beliau kenali menerkam ke arahnya dan memarahinya serta merta.Suaranya kuat sehingga mengejutkan orang ramai yang berada dalam kedai makan bersebelahan./wann_

SUB-VIDEO SAIFOL 27 SAAT -SUMPAH LIWAT PD 26/8/08

Tuesday, August 12, 2008

Wujud hasad dengki dalam Pakatan Rakyat terhadap Anwar


KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan wujudnya hasad dengki dalam Pakatan Rakyat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ada pihak cuba sabotaj bagi memastikan Anwar tidak berjaya menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh.

“Saya dapati memang ada orang yang dengki kepada Anwar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan MATA Fair peringkat Kelantan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas hasrat Anwar untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh namun beliau semalam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi laluan kepada suami beliau untuk bertanding.

Nik Abdul Aziz juga menasihatkan pihak yang menyimpan perasaan dengki itu agar melupakan hasrat mereka demi kebaikan Pakatan Rakyat.
“Beri peluang kepada Anwar untuk masuk jadi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata walaupun wujud jurang perbezaan dalam ideologi politik dengan PKR, Pas harus akur untuk menyokong PKR dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh itu.

Katanya beliau mengakui perbezaan pandangan dari segi politik antara PKR dan Pas namun di bawah semangat Pakatan Rakyat, parti itu harus bekerjasama.

“Pas perlu memberi sokongan kepada Anwar walaupun dari segi politik tidak serupa,” katanya.
Nik Abdul Aziz berkata beliau menyokong Anwar kerana mendapati Pensihat PKR itu adalah pemimpin Melayu yang berpengalaman dalam pentadbiran negara dan dikenali di peringkat antarabangsa. — Bernama

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14177

ULASAN
Oleh
ulitmayang

" “
……….Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan wujudnya hasad dengki dalam Pakatan Rakyat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini ………”

“…........Saya dapati memang ada orang yang dengki kepada Anwar
......“

begitulah kata – kata Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat , Mursyidul Am PAS.


Memetik kata – kata TGNA di atas, samada ianya benar berlaku atau pemberita yang salah melaporkan , perlu lah diteliti dengan sebaik – baiknya.

Tetapi , mengambil sikap sangat berbaik sangka dengan TGNA , wajar peringatan ini diselami secara bijak dan berhati – hati


Persoalan
  • Siapa kah dia yang dimaksudkan oleh TGNA tersebut ?
  • Adakah ianya daripada peringkat pimpinan tertinggi komponen Pakatan Rakyat yang telah berjaya “DIPENGARUHI“ oleh team Bahagian Perisikan dan Perang Saraf UMNO?
  • Adakah ianya terdiri dari Bahagian Perisikan dan Perang Saraf UMNO yang telah berjaya menyusup dan menyelinap masuk dan yang telah menyamar sebagai „“PEMIMPIN – PEMIMPIN“ terutamanya PAS , juga PKR & DAP di semua peringkat ?

Ulasan
  • Rasa – rasanya tidak mungkin ianya terdiri dari pimpinan tertinggi komponen Pakatan Rakyat
  • Telahan sendiri sahaja ni , maaf kiranya tersasar....... besar kemungkinan ianya terdiri dari peringkat “PEMIMPIN – PEMIMPIN “ PKR, PAS atau DAP yang telah berjaya diseludup masuk oleh UMNO , yang seolah – olah nampaknya seperti betul – betul pemimpin PAS ,PKR atau DAP
  • Kalau mereka ini bertudung , iaitu muslimat , labuhnya sampai ke paras pinggang
  • Kalau lah mereka berjubah , iaitu lelakinya , meleret nya melepasi labu kaki
  • Kalau lah mereka ini berjanggut , panjang sampai ke dada , mengalahkan pemimpin – pemimpin kita.
  • Begitulah alim , warak , zuhudnya mereka ini
  • Tilikan TGNA , besar kemungkinan berkisar di dalam parti PAS sahaja , iaitu dalam ruang lingkup kuasanya sebagai Mursyidul Am PAS.
  • Tak tau lah kalau “MEREKA“ ini juga terdiri dari pimpinan dan ahli – ahli daripada PKR dan DAP. Serbanya sangat mungkin, terutamanya dalam PKR ,iaitu penuh dengan bekas ahli – ahli UMNO , yang sebahagiannya masih tebal dengan karat birunya , tapi kemungkinannya sangatlah kecil.
  • Kaedah pemecahan daripada dalam ini , adalah yang paling berkesan untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat
  • UMNO tidak akan redha dan berhenti selagi matlamat mereka belum dicapai.
Nota
  • Dengan kenyataan TGNA ini , moga – moga semua peringkat lapisan pimpinan Pakatan Rakyat , pandanglah , lihatlah , perhatikan di kiri dan kanan kita , siapa kah dia „“musuh dalam selimut “ini yang akan menjadi “gunting dalam lipatan“
  • Tidaklah susah untuk mengenali mereka ini
  • Mereka ini terdiri dari rakan, sahabat dan kawan – kawan kita sekalian..
  • Kalau perlu , elok lah mereka ini dibersihkan dari parti dan Pakatan Rakyat , daripada terus menyimpan dan merosakkan parti dari dalam , umpama „“duri dalam daging“ yang akan menyebabkan bisul dan nanah kemudiannya.
  • Walaubagaimanapun , elok sangat bertanya terus dengan TGNA , siapakah mereka ini. ?
  • Cegah sebelum parah

UNTUK MENDAPATKAN KOLEKSI VCD LAMA-RM10 / KEPING TERMASUK BELANJA POS

Name:  
Email Address:  
Komen / Pertanyaan  


 

Blogger Template Designed by Adam Every