Showing posts with label RAJA PETRA. Show all posts
Showing posts with label RAJA PETRA. Show all posts

Friday, August 15, 2008

RAJA Petra enggan terima saman Shafee-MALAYSIAKINI

Satu 'drama' berlaku di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi tadi ketika peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah cuba menyerahkan perintah mahkamah dan writ saman saman fitnah skepada editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin.

muhamad shafee abdullahShafee, yang memfailkan saman fitnah itu terhadap Raja Petra Rabu lalu, menunggu ketibaan Raja Petra untuk satu kes lain, sejak pagi.

Beliau mahu menyerahkan saman tersebut kepada Raja Petra sepertimana yang dikehendaki di bawah undang-undang.

Bagaimanapun, ketika didatangi Shafee untuk menyerahkan saman tersebut, Raja Petra tidak memperduli peguam tersebut dan beredar dari situ.

Shafee yang kelihatan kecewa kemudiannya kelihatan menghempas dokumen tersebut ke atas lantai dan beredar dari situ.

raja petra kamaruddinDokumen tersebut ditinggalkan di atas di lantai mahkamah kerana Raja Petra (foto) enggan menerimanya.

Dalam saman itu, Shafee mendakwa, Raja Petra telah memfitnahnya dalam tiga artikelnya.

Shafee juga telah mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi untuk mengarahkanb Raja Petra mendedahkan identiti orang yang telah memberi komen dalam tiga artikel tersebut dan mendedahkan sumber-sumbernya.

Raja Petra enggan mengulas mengenai perkara itu semalam, dan berkata beliau tidak menerima menerima sebarang perintah mahkamah mengenainya.

Zulkifli Nordin berada di KL urus kes mahkamahnya

Kes Raja Petra dengan Rosmah dipindah-MALAYSIAKINI

Kes dengan Rosmah dipindah

Sementara itu, Bernama melaporkan, perbicaraan kes Raja Petra yang didakwa memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor dalam akuan berkanunnya, hari ini dipindahkan dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Sesyen.

Majistret Nazran Mohd Sham yang membenarkan permohonan itu, membuat keputusan itu setelah Timbalan Pendakwaraya Amir Nasruddin memohon untuk memindahkannya berikutan kes itu melibatkan personaliti yang dikenali umum.

Selain Rosmah, Raja Petra turut didakwa memfitnah pemangku Kolonel Abdul Aziz Buyong dan isterinya, Kolonel Norhayati Hassan.

Ketiga-tiga tuduhan itu didakwa dilakukan di Mahkamah Tinggi Sivil 5, Tingkat 4, Kompleks Mahkamah, Jalan Duta pada jam 10.25 pagi 18 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

UNTUK MENDAPATKAN KOLEKSI VCD LAMA-RM10 / KEPING TERMASUK BELANJA POS

Name:  
Email Address:  
Komen / Pertanyaan  


 

Blogger Template Designed by Adam Every