Shafee, yang memfailkan saman fitnah itu terhadap Raja Petra Rabu lalu, menunggu ketibaan Raja Petra untuk satu kes lain, sejak pagi.
Beliau mahu menyerahkan saman tersebut kepada Raja Petra sepertimana yang dikehendaki di bawah undang-undang.
Bagaimanapun, ketika didatangi Shafee untuk menyerahkan saman tersebut, Raja Petra tidak memperduli peguam tersebut dan beredar dari situ.
Shafee yang kelihatan kecewa kemudiannya kelihatan menghempas dokumen tersebut ke atas lantai dan beredar dari situ.
Dokumen tersebut ditinggalkan di atas di lantai mahkamah kerana Raja Petra (foto) enggan menerimanya.
Dalam saman itu, Shafee mendakwa, Raja Petra telah memfitnahnya dalam tiga artikelnya.
Shafee juga telah mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi untuk mengarahkanb Raja Petra mendedahkan identiti orang yang telah memberi komen dalam tiga artikel tersebut dan mendedahkan sumber-sumbernya.
Raja Petra enggan mengulas mengenai perkara itu semalam, dan berkata beliau tidak menerima menerima sebarang perintah mahkamah mengenainya.
No comments:
Post a Comment